Sunday, November 12, 2006

Introduction


Kompleks Sejarah Pasir Salak dan pekan Kg. Gajah hanya dipisahkan oleh Sungai Perak. Kompleks Sejarah ini telah dibuka dengan rasminya oleh D.Y.M.M. Pemangku Raja Perak Raja Nazrin Shah pada 26 Mei 1990. Penubuhan kompleks ini adalah idea dari Y.A.B. Orang Kaya-Kaya Seri Agar Di Raja Tan Sri Ramli B. Ngah Talib, Menteri Besar Perak pada ketika itu. Pasir Salak terletak 70KM dari Bandaraya Ipoh dan kirakira 40 KM dari Teluk Intan.

Pada waktu penubuhannya (tahun 1990), kompleks ini hanya mengandungi dua buah rumah kutai (kutai adalah dalam bahasa perak yang bermaksud lama), dua buah tugu dan sebuah masjid asal. Pada tahun-tahun berikutnya, beberapa buah bangunan tambahan seperti pejabat, gerai cenderamata, balai pameran dan chalet dibina sebagai pembangunan fasa kedua. Kini beberapa buah bangunan tambahan telah dibina termasuklah 50 buah chalet tepi sungai, 100 buah bilik untuk pelawat-pelawat dan pelancong, 3 bangunan tradisional seperti yang mempamerkan pelbagai artifek sejarah dan kebudayaan, Pentas Belotah, Menara Pandang, tapak dimana Residen Pertama Inggeris J.W.W. Birch dan Pahlawan Melayu, Kubu dan Rumah Dato' Maharaja Lela dan lain-lain lagi

1 comment:

Unknown said...

kampung gajah adalah kampung yang sangat tenang,, jauh daripada gangguan bising dan lebih berkonsepkan kehijauan alam flora... simple dan tidak kekampungan.. thanks you