Sunday, November 19, 2006

Story

This story i get from my old web site but i don't translate to English yet. The story is
" Kat sini saya nak cerita tentang kisah yang saya baca dahulu tentang hukuman gantung ke atas Dato' Maharaja Lela. Iaitu pahlawan melayu yang mula-mula sekali menentang pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu terutamanya di Perak. Tapi saya sendiri tak pasti tentang kebenaran cerita nie. Coz cerita nie saya baca dari buku suatu ketika dahulu tapi sampai sekarang tak pernah lagi jumpa buku tersebut.
Kisahnyer lebih kurang cenggini laa.....penentang melayu ke atas Inggeris adalah disebabkan oleh beberapa perkara. Salah satunya sikap inggeris yang menidakkan kuasa pembesar-pembesar melayu di Perak. Di Pasir Salak, Dato' Maharaja Lela adalah pembesar yang di tugaskan untuk memungut cukai dan menjaga kepentingan serta keagungan Kerajaan Melayu Perak di kawasan Pasir Salak. Kemarahan orang melayu semakin meluap-luap saban hari. Apabila J.W.W. Birch (Residen Inggeris Pertama) datang ke Pasir Salak, orang-orang melayu di Pasir Salak telah mengambil kesempatan dengan merejam hingga mati J.W.W. Birch ketika mandi di Sungai Perak. Sebenarnya sebelum itu orang-orang melayu telah bermesyuarat sebelum itu di Batang Padang (kalo tak silap) tentang cara-cara untuk membunuh J.W.W Birch. Antara cadangan yang dikemukakan termasuklah menggunakan santau atau merejam hingga mati. Kemudian orang-orang melayu memilih untuk merejam (cara yang gentlemen) J.W.W Birch dimana sipuntum dan Pandak Indut telah dipilih untuk melakukan tugas ini. (terpikir saya kalaulah orang-orang melayu memilih menggunakan santau sudah tentu kisah peperang di Pasir Salak tidak akan berlaku.....kerana kita sendiri sudah sedia maklum bahawa santau perak adalah yang paling kuat di tanah melayu selain sukar di kesan pembunuhnya.)
Apabila Ingeris mengetahui bahawa wakilnya di Perak telah di bunuh di Pasir Salak maka mereka telah menghantar askar untuk menangkap Dato' Maharaja Lela. Orang-orang di Pasir Salak telah bersedia menerima kehadiran askar ini dan menentang mereka. Askar Inggeris kalah dan pulang ke Singapura. Kemudian Inggeris datang lagi dengan jumlah yang lebih ramai dan dengan lebih berhati-hati. Kehadiran kali kedua ini menyebabkan orang melayu di Pasir Salak kalah dan terpaksa berundur ke hutan. Kemudian Dato' Maharaja Lela dan Dato' Sagor serta pengikut-pengikut mereka berjaya di tangkap.
Dalam beberapa buku lain yang pernah saya baca antara punca kekalahan orang-orang melayu Pasir Salak termasuklah pengkhianatan beberapa pembesar melayu perak sendiri yang telah membocorkan rahsia kubu orang-orang melayu Pasir Salak. Selain itu kekurangan ubat bedil dan meriam serta pahlawan-pahlawan melayu juga menyukarkan penentangan terutama Inggeris pada masa itu membawa askar yang lebih ramai dan kelengkapan perang yang lebih baik. Malahan ada juga pembesar melayu yang memihak kepada Inggeris dengan menghantar pendekar-pendekar mereka untuk membunuh orang-orang Pasir Salak selain membocorkan rahsia kekebalan Dato' Maharaja Lela ke Inggeris. Menurut cerita juga pengkhianat-pengkhianat ini tidak hidup lama, mereka kemudiannya ada yang terbunuh ketika membantu Inggeris menyerang To' Gajah di Pahang.
Berbalik kepada cerita asal tadi....selepas di tangkap Dato' Maharaja Lela kemudian di bawa ke Johor untuk di bicarakan manakala Dato' Sagor dan yang lain di bawa ke Taiping untuk dibicarakan......errr kalo korang baca kat buku teks....kat buku tuh tulih Dato' Maharaja Lela dan pengikutnya dibicarakan di Taiping. So pepandai la korang nak percaya yang mana satu. emmm lepas di bawa ke Johor dan di dapati Dato' Maharaja Lela telah bersalah dan dihukum gantung sampai mati. Semasa hukuman tersebut di jalankan keajaiban telah terjadi. Selepas digantung hingga tali gantung terputus namun Dato' Maharaja Lela tidak mati....begitulah seterusnya terjadi apabila Dato' Maharaja Lela di gantung buat kali kedua sehingga ke enam. Buat kali ke tujuh Inggeris telah meminta bantuan salah seorang kerabat diraja Johor untuk memujuk Dato' Maharaja Lela menyerahkan kerisnya kepada Inggeris kerana sebelum ini Dato' Maharaja Lela di gantung dengan kerisnya berada di badan. Selepas di gantung tanpa keris barulah Dato' Maharaja Lela meninggal dunia. Ingeris kemudiannya telah menanam mayat Dato' Maharaja Lela dengan "memisahkan badannya antara dua daratan" kerana mereka percaya jika tidak berbuat demikian Dato' Maharaja Lela akan hidup kembali.
Oleh itulah hingga sekarang makam atau kubur Dato' Maharaja Lela tidak di ketahui di mana duduknya. Mungkin Ingeris telah menanam mayat Dato' Maharaja Lela di Johor dan Singapara dengan Selat tebrau sebagai penghalang antara dua daratan ini. Mungkin juga mayat Dato' Maharaja Lela di tanam di Bukit Tunggal (di Kg. Gajah) dan Bukit Changkat Lada (di Changkat Lada, Kg. Gajah) dengan Sungai Perak sebagai pemisah antara dua daratan ini. Berkaitan dengan keris Dato' Maharaja Lela pula tidak diketahui dimana ghaibnya namun menurut beberapa sumber keris tersebut sebenarnya adalah keris Tamingsari (kemungkinan milik Dato' Laksamana Hang Tuah) kerana seperti yang sudah sedia maklum keris Tamingsari adalah keris yang di bawa oleh Sultan Alauddin Riayat Syah ke Perak semasa Baginda mula-mula menjadi Sultan Perak. Manakala Dato' Maharaja Lela adalah pembesar yang bertanggungjawab memegang keris-keris diraja.
Ditegaskan sekali lagi, cerita ini saya tidak ketahui akan kebenarannya malahan saya sendiri tidak mengetahui akan kebenaran cerita ini kerana buku asal yang saya tentang cerita ini telah hilang. Sekiranya cerita saya ini tidak benar dan menyimpang daripada fakta-fakta yang telah terbukti kebenarannya, saya memohon ampun dan maaf dan berharap saudara/saudari sudi membetulkan saya"
End

No comments: